Antarabangsa

Pembebasan Tahanan Israel, Keutamaan Tertinggi Saya – Biden

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 19 Oktober 2023 – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah membuat sebuah kenyataan mengatakan bahawa membebaskan serta mengembalikan warga Israel yang berada dalam tahanan Hamas adalah keutamaan tertinggi beliau. Ujarnya,

“Saya tidak dapat bercakap dengan terperinci secara umum, namun biar saya membuat kepastian: Bagi saya sebagai presiden Amerika, tiada keutamaan tertinggi selain daripada pembebasan dan pengembalian dengan selamat para tahanan”.

Kenyataan tersebut telah dibuat sewaktu beliau menyampaikan ucapan di Tel Aviv dalam sebuah lawatan yang disifatkannya sebagai presiden AS pertama yang melawat Israel sewaktu dalam peperangan.

Dalam ucapan yang sama beliau turut menyatakan sokongan penuh AS kepada Israel dengan mengatakan,

“Hari ini, saya katakan kepada semua orang Israel: AS tidak kemana-mana juga. Kami akan bersama kamu. Kami akan beriringan dengan kamu pada hari-hari yang muram dan kamu akan beriringan dengan kamu pada hari-hari yang baik yang akan datang. Dan ianya akan datang”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: