Antarabangsa

Kematian Tertinggi Tentera Israel Dalam Sehari, Netanyahu Ikrar Balas Dendam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 24 Januari 2024 – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah bersumpah untuk membalas dendam terhadap Hamas setelah tentera penceroboh Israel berhadapan dengan kematian yang berjumlah 24 anggota hanya dalam satu hari.

Sumpah tersebut telah dilafazkan oleh Netanyahu pada Selasa lalu, setelah pihak penceroboh Israel mengalami kadar kematian yang tertinggi sejak hari pertama mereka melancarkan pencerobohan ke atas Gaza.

Pihak ketenteraan Israel telah membuat kenyataan pada Selasa lalu bahawa 21 orang daripada anggota mereka telah terbunuh berhampiran dengan Khan Younis pada hari sebelumnya, apabila pejuang Hamas melancarkan peluru berpandu anti-kereta kebal terhadap mereka.

Serangan dari pihak Hamas itu telah menyebabkan letupan yang dahsyat yang meruntuhkan dua buah bangunan di mana ketika itu ramai anggota tentera Israel sedang berada di dalam dua bangunan terbabit.

Netanyahu telah menyifatkan kejadian pada hari Isnin itu sebagai “di antara hari-hari yang sukar sejak bermulanya peperangan tersebut.”

Beliau juga menyatakan bahawa pihak tenteranya sedang menyiasat kejadian itu bagi mendapatkan pengajaran dan melakukan segalanya bagi memelihara kehidupan tentera mereka. Ujar beliau lagi,

“Dengan nama para wirawan kami, bagi kehidupan kami, kami tidak akan sama sekali berhenti daripada bertempur sehingga memperoleh kemenangan mutlak.”

Dalam kenyataan pada Isnin lalu, pihak tentera Israel hanya bertindak memberi penjelasan tentang 21 anggota yang terbunuh  namun enggan memberi sebarang maklumat lanjut mengenai tiga lagi kematian anggota tentera mereka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: