Antarabangsa

Sekolah PBB Dibom, Zionis Dakwa ‘Kubu Pejuang Hamas’

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BUREIJ, 06 Jun 2024 – Zionis Israel telah mengebom sebuah sekolah kendalian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Gaza selepas mendakwanya sebagai lokasi ‘kubu pejuang Hamas’.

Menurut laporan media, sekurang-kurangnya 27 rakyat Palestin yang berlindung di sebuah sekolah di Nuseirat, Gaza Tengah itu maut manakala puluhan lagi mangsa cedera.

Dalam pada itu, pengeboman ke atas Gaza Tengah turut membunuh 11 orang berhampiran kem al-Maghazi dan dua berhampiran Deir al-Balah.

Susulan serangan, anggota keluarga bergegas membawa mangsa cedera ke hospital manakala orang awam sekali lagi mengemas barangan mereka untuk melarikan diri.

Memetik laporan badan amal, Medicines Sans Frontiers (MSF), sekurang-kurangnya 70 maut dan lebih 300 mangsa cedera selepas ‘serangan besar-besaran Israel’ di tengah Gaza.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: