Antarabangsa

Lebih Banyak Negara Akan Sokong Pengiktirafan Negara Palestin – Menteri Colombia

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BOGOTA, 24 Mei 2024 – Menteri Luar Colombia, Luis Gilberto Murillo percaya lebih banyak negara akan mula menyokong pengiktirafan sebuah negara Palestin sebelum Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Media melaporkan, beliau berkata bahawa presiden Colombia, Gustavo Petro telahpun bertindak mengarahkan sebuah kedutaan Colombia dibuka di bandar Ramallah, Palestin.

Terdahulu, Petro sudah memanggil semula duta Colombia di Tel Aviv memetik ‘genosid’ Israel terhadap rakyat Palestin, sekali gus memutuskan hubungan diplomatik dengan zionis Israel atas tindakannya di Gaza dan menutup kedutaan pada 3 Mei lalu.

Petro turut mengkritik hebat Perdana Menteri negara haram Israel, Benjamin Netanyahu dan meminta untuk menyertai kes Afrika Selatan mendakwa Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Setakat ini, rejim zionis Israel telah membunuh lebih 36,000 rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sejak Oktober 2023.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: