Antarabangsa

Israel Luaskan Kuasa, Sokongan Afrika Tetap Lantang Buat Palestin

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHANNESBURG, 28 April 2022 – Pengaruh Israel yang kian meluas di benua Afrika telah menyemarakkan lagi semangat negara tersebut dalam menentang kekejaman Israel terhadap Palestin.

Ini termasuklah usaha Israel mendapatkan status pemerhati di Kesatuan Afrika (AU) yang telah menimbulkan kemarahan ramai pejuang pro-Palestin.

Menurut Anadolu Agency, aktivis seluruh Afrika telah bersidang di Dakar, Senegal pada Mac lalu bagi menggerakkan sokongan terhadap perjuangan pembebasan Palestin dengan tema “Dari Afrika ke Palestin, Bersatu Menentang Aparteid.”

“Rejim Aparteid Israel telah menyusup masuk ke benua Afrika tetapi gagal. Sebaliknya, terdapat peningkatan dalam usaha solidariti Palestin di seluruh benua ini,” kata Muhammad Desai, Pengarah Africa 4 Palestine, sebuah organisasi hak asasi manusia berpusat di Afrika Selatan.

Turut hadir dalam persidangan itu adalah Nkosi Zwelivelile Mandela, ahli Parlimen Afrika Selatan dan juga cucu kepada Nelson Mendela.

Beliau berbesar hati kerana berada dalam kalangan anak muda Afrika yang berani menegaskan kedudukan negara berkenaan dalam isu Palestin dan ikatan yang tidak dapat dipisahkan antara kedua negara.

“Saya membayangkan perasaan setia kawan ini sama seperti apa yang datuk saya, Nelson Mendela alami 60 tahun lalu ketika beliau mengembara ke Dakar untuk menggerakkan sokongan Afrika memperjuangkan pembebasan Afrika Selatan,” ujarnya.

Sementara itu, beliau kesal dengan tindakan Israel meluaskan pengaruhnya dengan menawarkan perisian pengintip, senjata dan teknologi pertanian kepada rejim Afrika. Israel juga didakwa membekalkan senjata kepada rejim Afrika Selatan pada 1970-an dan 1980-an.

Pengulas politik, Mustafa Mheta memaklumkan bahawa Israel bukan sahaja mencari sekutu untuk tujuan ekonomi semata-mata tetapi juga untuk meningkatkan sokongannya dalam pengundian Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), di mana Afrika telah menentang negara itu selama bertahun-tahun.

Mengulas lanjut, negara-negara Afrika terutamanya Afrika Selatan dan Utara, lantang menentang pendudukan berterusan dan tindakan keganasan Israel yang berlaku di Palestin. Walaupun sedemikian, kepentingan ekonomi dan keselamatan yang ditawarkan Israel kepada sesetengah pihak telah menjejaskan pegangan mereka.

“Kita mesti menilai kembali apa yang telah berlaku di benua kita dan bagaimana rejim aparteid Israel dan mesin pelobi Zionis boleh menyelinap masuk ke dalam struktur Afrika secara rahsia dan terangan,” kata Mendela.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: