Rejim Haram Aparteid Israel Bantah FBI Siasat Kes Pembunuhan Wartawan Warga AS
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
TEL AVIV, 16 November 2022 – Israel telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka tidak akan bekerjasama dengan penyiasatan yang sedang dijalankan oleh pihak FBI dalam kes pembunuhan wartawan Amerika yang berasal dari Palestin, Shireen Abu Akleh yang dilakukan oleh tentera Israel.
Menteri Pertahanan Israel, Benny Gants telah mengutuk sesi penyiasatan yang dilakukan oleh badan dari negara Amerika Syarikat (AS) itu dan menyatakan bahawa ianya adalah satu bentuk campur tangan terhadap urusan dalaman Israel. Beliau turut menyatakan,
“Kami telah menjelaskan kepada wakil-wakil AS bahawa kami menyokong tentera IDF (Pihak Ketenteraan Israel), yang kami tidak akan bekerjasama dengan sebarang siasatan dari pihak luar.”
Gants turut membuat kenyataan bahawa keputusan pihak AS bagi membuat siasatan berkenaan kematian Shireen Abu Akleh itu sebagai satu kesilapan yang besar.
Beliau turut mendakwa bahawa IDF telah menjalankan siasatan yang bersifat bebas dan profesional yang mana hasilnya telah ditunjukkan kepada warga Amerika.
FBI telah menjalankan siasatan tersebut setelah menerima tekanan daripada keluarga wartawan malang tersebut.
Keluarga wartawan Al-Jazeera yang telah dibunuh itu sebelum ini telah menyatakan bahawa pentadbiran Biden hanya bersembunyi dan mendiamkan diri terhadap sebarang tindakan yang dilakukan oleh tentera Israel.
Kenyataan yang dibuat oleh keluarga wartawan malang tersebut telah menerima sokongan dari ramai ahli Kongres AS.