Antarabangsa

Israel Lancar Serangan Udara Ke Atas Gaza

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 07 April 2023 – Tentera rejim haram aparteid Israel telah membuat sebuah kenyataan bahawa pihak mereka “membuat serangan di Lubnan”, beberapa jam setelah mereka melancarkan siri serangan udara terhadap Gaza.

Serangan udara yang dibuat terhadap Gaza tersebut diteruskan dengan pelancaran beberapa buah roket berikutan peningkatan ketegangan setelah pasukan Zionis menceroboh Masjid Al-Aqsa pada minggu ini.

BACA JUGA: Pinda Akta Pencen Doktor Kontrak, Tukar KWSP

BACA JUGA: UAE Lapor Ramadan Tahun Ini Hanya 29 Hari

BACA JUGA: Ambil Serius Kewujudan Jual Beli Organ – KP Kesihatan

Tentera rejim haram aparteid membuat kenyataan tersebut pada jam 4.07 pagi waktu tempatan pada hari Jumaat, di mana mereka mengatakan bahawa mereka sekarang sedang “melancarkan serangan di Lubnan”.

Sebuah stesen TV Lubnan telah melaporkan bahawa terdapat beberapa siri letupan yang berlaku berhampiran dengan kem pelarian di bandar Tyre di sekitar pelabuhan selatan.

Beberapa jam sebelum itu, beberapa siri letupan telah berlaku di Gaza setelah Perdana Menteri rejim haram aparteid Israel, Benjamin Netanyahu membuat sebuah kenyataan menerusi sebuah video di mana beliau mengatakan bahawa musuh Israel akan “membayar harga serangan”.

Serangan terbaharu itu berlaku di tengah-tengah kekecohan mengenai pencerobohan Masjid Al-Aqsa di Jerusalem oleh tentera rejim haram aparteid Israel, di mana mereka telah menembak bom tangan, menyerang warga Palestin dan menghalau mereka daripada masjid tersebut sewaktu sesi solat Tarawih.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: