Antarabangsa

AS Mampu Biaya Dua Perang – Setiausaha Perbendaharaan AS

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 17 Oktober 2023 – Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) Janet Yellen pada Isnin lalu telah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa AS mampu untuk membiayai kedua-dua Israel dan Ukraine dalam usaha perang mereka.

Ujar Yellen lagi, AS mampu untuk membantu kedua negara tersebut dan bantuan yang diberikan oleh AS itu tidak akan menghalang ekonomi AS.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sewaktu berlangsungnya sebuah sesi temu bual di Sky News, sewaktu beliau ditanya samada AS mampu untuk menyediakan bantuan ketenteraan kepada Israel, juga kepada Ukraine yang sedang berperang dengan Rusia.

Sewaktu ditanya apakah AS dapat memberikan bantuan ketenteraan kepada dua negara sekutu mereka itu walaupun kini kadar hutang – kepada – KDN negara tersebut adalah terlalu tinggi pada angka 122%, Yellen menjawab dengan penuh yakin dengan menyatakan,

“Saya rasa jawabannya adalah pasti”.

Beliau seterusnya meneruskan kenyataan dengan menyebut bahawa AS pasti mampu untuk bersama dengan Israel dan membantu keperluan ketenteraan Israel, dan AS juga mampu dan mesti menyokong Rusia dalam pertempurannya dengan Rusia. Bahkan beliau turut menyatakan bahawa,

“Ekonomi AS sedang berjalan dengan sangat baik”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: