Antarabangsa

Seorang Kanak-Kanak Gaza Terkorban Pada Setiap 15 Minit – Save The Children

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 20 Oktober 2023 – Seorang kanak-kanak terkorban pada setiap 15 minit dalam serangan udara Israel ke atas Gaza, menurut organisasi keahlian global yang memperjuangkan hak dan kepentingan kanak-kanak di seluruh dunia, Save The Children.

Memetik kepada laporan, Save The Children pada Selasa (17 Oktober 2023) baru-baru ini berkata, lebih 1,000 kanak-kanak yang dilaporkan terbunuh dalam sebelas hari serangan udara Israel ke atas Gaza dengan seorang kanak-kanak terkorban pada setiap 15 minit.

Ia sekali gus meletakkan angka kematian kanak-kanak adalah satu pertiga daripada jumlah kematian di Gaza.

Dalam laporan tersebut, Save The Children turut menggesa agar gencatan senjata dilakukan segera.

Katanya lagi, kanak-kanak merupakan antara 199 orang yang diculik dan dibawa ke Gaza sebagai tebusan.

Pengarah Negara Save The Children, Jason Lee berkata, “Air semakin berkurangan dan masa semakin suntuk untuk kanak-kanak Gaza.”

“Dengan Majlis Keselamatan PBB dijangka bersidang semula hari ini, gencatan senjata mesti dipersetujui untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak. Tanpa berakhirnya pertempuran – tanpa gencatan senjata-beribu-ribu nyawa kanak-kanak bergantung kepada keputusan ini,” gesa beliau pada ketika itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: