NGO

Personaliti Media Sosial Bangga Promosi Syarikat Judi Ketika Ramadan – PEMBELA

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 April 2022 – Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Hj Aminuddin Yahaya menempelak seorang personaliti media sosial atas tindakannya yang bangga mempromosikan syarikat perjudian yang telah menaja pembikinan video terbaharunya.

“Beliau melakukannya dengan bangga ketika bulan Ramadan.”

Tambah Hj Aminuddin, “Rata-rata umat Islam pasti rasa terhina, tersinggung dan marah apatah lagi yang melakukannya ialah selebriti beragama Islam.”

“Apakah syarikat-syarikat judi ini memang tidak takut langsung bermain dengan api sebegini?” soal Hj Aminuddin.

Perkara ini turut menimbulkan kemusykilan beliau, adakah tindakan ini persamaan atau kebetulan kerana perkara ini pernah terjadi ketika umat Islam menyambut bulan Ramadan tahun lalu.

Bukan sahaja itu malah, baru-baru ini tular video lagu raya berunsurkan gejala songsang dan amat menyedihkan kerana difahamkan, “Kerajaan kata mereka tidak boleh buat apa. Pemimpin kita hanyut dengan keenakan pangkat dan jawatan. Lagi selesa apabila mereka rasa boleh menang pilihan raya dengan mudah.”

Justeru, sangatlah malang apa yang berlaku pada umat Islam di Malaysia. Maruah dipijak ‘menggunakan’ orang Islam sendiri dengan sogokan duniawi.

“Dari satu aspek yang lain pula, nampaknya semakin ramai selebriti beragama Islam sendiri sudah hilang pedoman demi populariti dan wang ringgit,” keluh beliau.

“Lebih parah lagi, ramai asatizah kita sudah lebih gemar jadi jaguh apabila bergaduh sesama sendiri tetapi hanya longlai sahaja apabila berhadapan isu-isu ‘real’ yang menimpa umat sebegini,” kesal Hj Aminuddin.

Baru-baru ini, tular video seorang personaliti media sosial yang memaklumkan bahawa satu syarikat perjudian telah menaja video terbaru yang dimuat naik di YouTubenya yang mempunyai jutaan pengikut.

Beliau juga mengajak pengikut-pengikut YouTubenya untuk melabur bersama syarikat berkenaan dengan menerangkan cara-cara untuk melabur dan berkongsi mengenai kelebihan-kelebihan yang akan dinikmati oleh para pelabur.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: