Antarabangsa

Dunia Menuju Bencana Alam Disebabkan Perubahan Cuaca – PBB

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SWITZERLAND, 16 Jun 2023 – Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres pada Khamis lalu telah mengeluarkan kenyataan bahawa dunia kini sedang menuju ke arah bencana perubahan iklim.

Menurutnya lagi, tindak balas global terhadap masalah yang sedang dihadapi oleh dunia kini adalah sangat tidak memadai.

BACA JUGA: Pantai Morib Ditutup Sehingga 2 Julai

BACA JUGA: Suspek Perlombongan Haram Mati Dalam Tahanan SPRM

BACA JUGA: Lagi Kes Kencing Di CIQ Johor, Dua Warga Singapura Ditahan

Dalam kenyataan yang sama beliau menyatakan bahawa polisi-polisi berkenaan iklim yang digunakan buat masa kini akan menatijahkan kepada suhu purata sebanyak 2.8 darjah celcius lebih tinggi daripada zaman pra-industri pada hujung abad ini.

Beliau selaku wakil rasmi PBB turut memberi amaran bahawa keadaan ini sedang menunjukkan tanda-tanda malapetaka. Namun ujarnya tindakan bersama yang diambil dunia masih di tahap yang tidak memadai.

Guterres turut menyatakan bahawa industri minyak fosil perlu bertindak dalam berubah sepenuhnya ke arah ‘tenaga bersih’.

Pada kenyataan tersebut beliau turut mendakwa bahawa terdapat negara-negara yang berada jauh dari landasan daripada memenuhi janji serta komitmen berkaitan iklim ini.

Beliau menzahirkan kekecewaannya dengan mengeluarkan kenyataan seperti berikut,

“Saya lihat kurangnya cita-cita. Kurangnya kepercayaan. Kurangnya sokongan. Kurangnya kerjasama. Serta banyak masalah yang berkaitan dengan kejujuran dan kredibiliti”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: