Antarabangsa

Turki Mampu Halang Perang Palestin Dari Terus Marak – Itali

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ROME, 16 November 2023 – Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni menyeru agar konflik Israel-Hamas di Semenanjung Gaza itu dapat dikurangkan dengan cepat, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dari pejabatnya pada hari Rabu.

Dalam kenyataan itu juga, Meloni turut berkata bahawa Turkiye mempunyai peranan penting dalam usaha untuk memastikan konflik itu tidak terus merebak ke seluruh wilayah dan mempunyai kemampuan untuk menghalang perang Israel-Hamas dari terus berlaku.

Israel telah mengenakan sekatan ke atas Gaza selepas serangan balas pada 7 Oktober oleh Hamas, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu telah berikrar untuk memusnahkan kumpulan Palestin, melancarkan serangan udara, darat dan artileri terhadap kawasan itu  awal bulan ini.

Meloni yang menyeru agar konflik itu dikurangkan dengan cepat dan agar tidak merebak ke seluruh wilayah itu dan menekankan peranan penting yang boleh dimainkan oleh Turkiye dalam konteks ini, katanya selepas panggilannya dengan Presiden Turki, Tayyip Erdogan.

Menurut Presiden Turki, Türkiye akan berusaha untuk membawa kes ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Erdogan turut mengulangi ancaman Ankara terhadap rejim Zionis untuk memfailkan tuntutan mahkamah dengan badan itu.

Menurut laporan media Turki, walaupun negara itu tidak boleh melakukannya secara langsung, kerana ia tidak pernah meratifikasi Statut Rom yang menubuhkan mahkamah, badan kerajaan dan NGO boleh memaklumkan ke pejabat pendakwa tentang jenayah yang didakwa dan meminta agar siasatan dijalankan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: