Tempatan

Pembunuhan Rakyat Gaza: ICJ Bakal Umum Keputusan Malam Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

THE HAGUE, 26 Januari 2024 – Malam ini, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan mengumumkan keputusan tuntutan Afrika Selatan terhadap Zionis Israel berhubung pembunuhan beramai-ramai rakyat Gaza.

Menurut laporan, keputusan mahkamah akan dikeluarkan pada jam 1 tengah hari (8 malam waktu Malaysia) dalam sesi pendengaran yang dijangka berlangsung selama 1 jam.

Bagaimanapun, keputusan ICJ tidak akan menangani tuduhan teras kes – sama ada pembunuhan beramai-ramai berlaku – tetapi hanya akan menumpukan pada pelaksanaan langkah sementara atau tidak dan sekiranya terdapat risiko munasabah bahawa operasi Israel melanggar Konvensyen Genosid 1948.

Memetik laporan sama, Afrika Selatan telah meminta ICJ mengeluarkan sembilan langkah kecemasan seperti memerintahkan tindakan ketenteraan Israel di Gaza dihentikan, membenarkan kemasukan lebih banyak bantuan kemanusiaan dan melaksanakan perintah sekatan sementara mahkamah mendengar kes itu sepenuhnya.

Namun demikian, mahkamah tidak terikat untuk mengikuti tuntutan Afrika Selatan sebaliknya boleh memerintahkan langkah sendiri sekiranya ia mempunyai bidang kuasa pada peringkat kes ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: