Tempatan

Kempen Solidariti Palestin: Rakyat Malaysia Diseru Bergelap 11 Nov Ini

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 10 November 2023 – Rakyat Malaysia diseru menyertai kempen ’11 minit Untukmu Palestin’ pada 11 November ini sebagai tanda solidariti kepada saudara-saudara di bumi Palestin yang terus dizalimi rejim Zionis.

Menerusi sebuah hantaran Facebook, Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) mengajak rakyat seluruh negara menutup lampu dan bergelap di lokasi masing-masing selama 11 minit bermula jam 9 malam hingga 9.11 malam.

400445825_666558952286349_8185311577414920781_n.jpg?resize=408%2C511&is-pending-load=1#038;ssl=1

Ia merupakan simbolik bersama bagi merasai penderitaan rakyat Palestin yang disekat haknya akibat tindakan rejim Zionis memotong bekalan elektrik di Gaza.

Sepanjang tempoh bergelap, peserta diminta membaca Qunut Nazilah, bertafakur dan berdoa untuk kesejahteraan rakyat Palestin.

Mereka juga diminta merakam gambar dengan simbol genggaman tangan GSPP dan memuat naiknya di media sosial bersama hashtag #SebarkanKemenangan dan #AkhiriPenjajahan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: