Antarabangsa

Rakyat Palestin Berhimpun Tuntut Batalkan Perjanjian Oslo

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GAZA, 15 September 2022 – Rakyat Palestin berhimpun mengadakan persidangan kebangsaan di Gaza baru-baru ini sekali gus menuntut pembatalan Perjanjian Oslo, lapor agensi media Timur Tengah.

Persidangan tersebut yang dihadiri ratusan rakyat Palestin menandakan 29 tahun sejak Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan rejim haram aparteid Israel menandatangani perjanjian tersebut iaitu pada 1993.

Gerakan pejuang Palestin, Hamas menegaskan kegagalan Perjanjian Oslo dan menggesa pihak berkuasa Palestin menarik balik pengiktirafannya terhadap rejim haram aparteid Israel.

Selain itu, para hadirin yang hadir ke persidangan tersebut menyelar Perjanjian Oslo dan menyatakan sokongan mereka terhadap penentangan ke atas rejim haram itu. Pegawai kanan yang turut hadir juga menyeru semua rakyat Palestin bersatu padu dan mematuhi penentangan bersenjata terhadap pendudukan Israel.

Pada mulanya, perjanjian tersebut diwujudkan bagi menyelesaikan konflik di antara Palestin dan rejim haram itu, namun setelah hampir tiga dekad berlalu, Palestin menganggapnya sebagai babak buruk dalam sejarah mereka.

Pemerhati turut berpendapat bahawa perjanjian berkenaan hanya membawa malapetaka kepada rakyat Palestin dan gagal menjamin penubuhan negara Palestin yang merdeka.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: