Antarabangsa

Turkiye Mungkin Bantu Selesaikan Konflik Niger

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TURKIYE, 23 OGOS 2023 – Turkiye kini sedang berusaha untuk mencari jalan bagi memainkan peranan penting dalam mengembalikan keadaan demokratik di Niger yang kini sedang berhadapan dengan konflik rampasan kuasa tentera sejak bulan lalu.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan sewaktu menjawab soalan para wartawan ketika perjalanan pulang dari Hungaria.

Rampasan kuasa yang berlaku di Niger itu telah mencetuskan beberapa sekatan serta ancaman campur tangan daripada beberapa negara jiran di rantau itu.

BACA JUGA: NGO Kesal OIC Gagal Lindungi Masjidil Aqsa

BACA JUGA: Sambutan Hari Kebangsaan: Dilarang Terbangkan Dron Sehingga 31 Ogos Ini

BACA JUGA: Premis Perniagaan Ipoh Bakal Dikompaun Jika Enggan Pasang Jalur Gemilang

Dalam kenyataan yang sama, Erdogan turut menyifatkan perancangan yang dicadangkan oleh Economic Community of West African State (ECOWAS), sebuah blok serantau bagi negara-negara Afrika Barat yang berniat untuk menghantar tentera bagi berhadapan dengan pemimpin tentera yang melakukan rampasan kuasa itu sebagai “tidak dapat diterima”.

Blok tersebut telah menggesa agar pentadbiran tentera di Niger membebaskan Presiden Mohamed Bazoum dan mengembalikan semula kuasa pentadbiran beliau.

Erdogan turut membuat ulasan mengenai perkara tersebut dengan menyatakan bahawa hasrat ECOWAS itu hanya akan menghasilkan lebih banyak kekacauan ke banyak lagi negara-negara Afrika.

Erdogan selanjutnya menyatakan bahawa pihak beliau akan terus menyokong Niamey dengan hujah bahawa “warga Niger akan menjaga demokrasi dan akan mengadakan pilihanraya secepat mungkin”.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: