Antarabangsa

Rakyat Palestin ‘Direkrut’ Sebagai Perisai Zionis Israel

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

YAFFA, 16 Ogos 2024 – Rakyat Gaza kini ‘direkrut’ menjadi perisai tentera rejim Zionis Israel ketika memasuki terowong dan bangunan runtuh kerana bimbang dengan jerangkap samar.

Akhbar rejim melaporkan, penduduk dipaksa memasuki terowong dan rumah sebelum tentera Israel.

Laporan menyebut, tentera rejim kerap menyaksikan penggunaan taktik itu dan telah beberapa kali menangkap penduduk Gaza yang mereka percaya akan menjadi aset semasa beroperasi menentang Hamas di kawasan bandar padat.

Kebanyakan masa, orang awam yang ‘direkrut’ adalah lelaki dewasa namun ada juga tentera yang menceritakan kejadian di mana lelaki tua atau remaja terpilih.

“Lebih baik mereka meletup dan bukannya tentera,” kata seorang askar yang dipetik dalam laporan itu yang diberitahu oleh komandernya sambil menambah amalan tersebut dibenarkan.

“Lelaki Palestin diberitahu bahawa mereka akan dibebaskan selepas menyelesaikan satu “misi,” kata seorang lagi askar.

Mereka ditahan untuk tempoh masa berbeza iaitu antara satu atau dua hari hingga seminggu.

Laporan sama turut mendakwa bahawa amalan ini telah digunakan secara meluas di seluruh Semenanjung Gaza dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: