AS Dituduh China Burukkan Peperangan Di Ukraine
BEIJING, 21 Februari 2023 – Jurucakap Kementerian Luar China Wang Wenbin membalas tuduhan Washington, yang mendakwa Beijing sedang mempertimbangkan untuk memberi sokongan persenjataan kepada Moscow. Diplomat itu membalas, AS tidak mempunyai kuasa untuk menasihati China apa yang perlu dilakukan.
Sebaliknya AS yang membekalkan senjata dan bukan China, kata diplomat itu di sidang akhbar pada Isnin. Beliau menambah, tidak seperti Washington, sejak permulaan konflik Ukraine, Beijing telah menyokong rundingan bagi mencapai keamanan.
BACA JUGA: AWAS! Jabatan Kesihatan Labuan Larang Makan Hidupan Bercangkerang
Menurutnya lagi, masyarakat antarabangsa sedar sepenuhnya siapa yang menyeru untuk berdialog dan berusaha untuk keamanan dan siapa yang menyalakan api untuk mencetuskan konfrontasi.
BACA JUGA: Turkiye-Syria Digegar Sekali Lagi, 3 Terkorban
Katanya juga, kami menggesa pihak AS untuk memikirkan secara serius peranan yang telah dimainkannya, melakukan sesuatu bagi membantu meredakan keadaan dan menggalakkan rundingan damai dan berhenti mengalihkan kesalahan dan menyebarkan maklumat yang salah.
BACA JUGA: Etika Pemakaian Patuh Syariah Bakal Dikuat Kuasa Di Terengganu
Minggu lalu, Menteri Luar China Wang Yi memberitahu Persidangan Keselamatan Munich bahawa negaranya telah mengusahakan cadangan damai untuk konflik Ukraine yang mana ianya mungkin ditentang oleh beberapa kuasa.
Beliau turut menambah dan memberi amaran bahawa mereka yang menyeru untuk meneruskan pertempuran adalah mereka yang tidak peduli tentang kehidupan dan kematian orang Ukraine.
Hubungan antara Beijing dan Washington telah merosot dengan ketara sejak AS menembak jatuh apa yang didakwanya sebagai belon pengintip China di ruang udara Amerika. Namun China menafikannya dan menegaskan belon itu adalah untuk tujuan meteorologi.