Antarabangsa

Penduduk Sydney Digesa Waspada Penyakit Legionnaires

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SYDNEY, 05 Januari 2023 – Penduduk Sydney digesa untuk sentiasa berwaspada terhadap gejala penyakit Legionnaires selepas amaran dikeluarkan oleh New South Wales (NSW) Health berhubung penyakit tersebut, kelmarin.

“NSW Health menasihatkan orang ramai yang berada di kawasan CBD Sydney dalam tempoh sepuluh hari yang lalu supaya berwaspada terhadap simptom penyakit Legionnaires selepas tujuh orang yang menghidap penyakit itu menghabiskan masa di kawasan itu dalam tempoh tiga minggu lepas.”

Menurut NSW Health, tiga wanita dan empat lelaki dalam lingkungan umur 20-an hingga 70-an telah melawat beberapa lokasi di CBD antaranya Bathurst Street, Sussex Street, Elizabeth Street dan Circular Quay dalam sepuluh hari sebelum gejala mereka.

Mereka bagaimanapun telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan radang paru-paru.

NSW Health dalam satu kenyataan berkata, kesemua tujuh orang telah dikenal pasti dengan bakteria legionella yang menyebabkan penyakit Legionnaires di mana ia sering dikaitkan dengan menara penyejukan yang tercemar di bangunan-bangunan besar.

Antara gejala penyakit ini adalah seperti menggigil, demam, batuk, sesak nafas dan boleh menyebabkan jangkitan dada seperti radang paru-paru.

Sehubungan itu, pegawai persekitaran NSW Health bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Sydney untuk memeriksa menara penyejuk bagi mengenalpasti kemungkinan pencemaran bakteria legionella.

Mereka turut menggesa pengurus bangunan untuk memastikan menara penyejuk mereka dikendalikan dan diselenggara dengan mematuhi Peraturan Kesihatan Awam NSW 2022.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: