Tempatan

HATI-HATI: Ribut Petir Dijangka Langgar 12 Negeri 3 Hari Berturut-Turut

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 17 Oktober 2022 – Ramalan cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) bagi seluruh negara dari 17 Oktober 2022 sehingga 19 Oktober 2022 menjangkakan ribut petir akan melanda negeri-negeri di Pantai Timur selama tiga hari berturut-turut, bermula petang ini.

Dalam pada itu, selain Pahang, Terengganu dan Kelantan, negeri-negeri lain yang turut diramal ribut petir adalah Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Selangor dan WP Kuala Lumpur.

BACA JUGA: Perjuangkan Kebajikan Pelajar Sekolah, KPM Mahu Buang Cikgu Fadli

BACA JUGA: Jho Low Dan Bapanya Dijatuhi Hukuman Penjara, Hina Mahkamah

BACA JUGA: Enggan Asingkan Arak, PKD Jasin Kompaun Kedai Serbaneka Terkenal

Menurut ramalan cuaca tersebut, di Sarawak, ribut petir dijangka melanda Kuching, Serian, Samarahan, Miri dan Limbang di sebelah petang, juga selama tiga hari berturut-turut.

Di Sabah pula, kawasan yang dijangka dilanggar ribut petir adalah di Kudat, WP Labuan, Sandakan, Pantai Barat dan Tawau.

Semalam, banjir besar telah melanda tempat pelancongan terkenal di Malaysia, Langkawi ekoran hujan lebat seharian, lapor samudera.my.

Seramai 43 mangsa banjir daripada 11 keluarga dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Syifa di Padang Matsirat selepas kediaman mereka terjejas.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: