Tempatan

RM600,000 Untuk Masyarakat India Di Johor Bahru

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 13 Oktober 2022 – Sejumlah peruntukan bernilai RM600,000 untuk kegunaan masyarakat India di sekitar bandar Johor Bahru telah mendapat kelulusan daripada pihak Kerajaan Negeri.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz baru-baru ini memaklumkan, peruntukan sebanyak RM500,000 diberikan adalah untuk kegunaan membangun dan menceriakan Little India yang terletak di tengah-tengah bandaraya tersebut.

Manakala, RM100,000 lain adalah untuk kegunaan rumah pelupusan mayat Hindu atau ‘Krematorium Hindu Johor Bahru’.

Berucap di Majlis Perasmian Bazar Deepavali semalam, Datuk Onn Hafiz berkata, “Untuk kawasan yang penuh dan sering dikunjungi masyarakat India (Little India), kita luluskan peruntukan RM500,000 untuk bangunkan dari segi keceriaan di sini.”

Sebagai permulaan, kita juga luluskan peruntukan sebanyak RM100,000 untuk Krematorium Hindu Johor Bahru.”

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri, K Raven Kumar yang turut hadir dalam majlis sama berkata, Little India yang sering menjadi tumpuan ramai terutama ketika menjelang sambutan Deepavali itu merupakan lambang serta identiti masyarakat India.

“Berita baik untuk masyarakat India (peruntukan) di tempat ini (Little India). Menteri Besar sentiasa membantu dan sangat prihatin pada masyarakat India.”

Tempat ini kita perlukan, ini identiti dan melambangkan masyarakat India di Johor, tidak kira dari mana orang sama ada Segamat atau Kota Tinggi tempat ini jadi tumpuan,” katanya dalam satu laporan media.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: