Promosi LGBT: Indonesia Didesak Haramkan Penjualan Jam Pelangi & Tayangan Barbie
SURABAYA, 15 Ogos 2023 – Kerajaan Indonesia digesa melarang penjualan, pengedaran, penggunaan dan pemilikan jam tangan Swatch koleksi Pride serta tayangan filem terkenal Barbie yang dipercayai cuba mempromosikan ideologi LGBT.
Anggota Dewan Perwakilan Daerah Republik Indonesia (DPDRI), Ahmad Nawardi berkata, “Kedai jam tangan hari ini dipenuhi jam tangan Pride Collection. Filem Barbie juga dipenuhi penonton dari kalangan kanak-kanak dan anak muda.”
Tegas beliau, “Kita adalah negara majoriti Muslim terbesar di dunia, jangan biarkan LGBT menguasai belia kita.”
BACA JUGA: Islam Agama Paling Cepat Berkembang, Atasi Jumlah Penganut Kristian
BACA JUGA: Jakarta Ungguli Carta Udara Paling Kotor Di Dunia
BACA JUGA: 32 Timbalan Bantah Keputusan Kementerian Penerangan Bahrain Benarkan Tayangan Barbie
“Dalam undang-undang malah dalam ajaran pelbagai agama, LGBT adalah dilarang sama sekali. Selain merosakkan akhlak, tingkah laku golongan songsang itu juga tidak sesuai dengan fitrah manusia. Jika Kerajaan benarkan, kelak negara ini akan dikuasai oleh golongan LGBT,” ujar beliau lagi.
Bekas wartawan itu turut mendedahkan, produk yang mempunyai simbol LGBT merupakan kempen sosialis agar golongan muda yang tidak bersalah dan tidak memahami LGBT terjerumus ke dalam perangkap mereka.
Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Malaysia telah mewartakan Perintah Larangan terhadap sebarang penerbitan berkaitan Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender, Queer dan + Plus (LGBTQ+) dalam apa-apa bentuk yang terdapat pada jam Swatch dan dalam apa-apa koleksi termasuklah kotak, pembalut, aksesori atau perkara lain yang berkaitan.
Bahkan, sebahagian negara Arab juga sudah mula mengharamkan tayangan filem blockbuster Barbie selepas mendakwa ia bercanggah dengan etika dan tradisi masyarakat negara tersebut.