Antarabangsa

COVID-19: CDC Sembunyi Kemunculan ‘Varian Super’ XBB.1.5, Lebih Gerun dan ‘Kejam’!

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 01 Januari 2022 – Eric Feigl-Ding, pakar epidemiologi Amerika mendedahkan bahawa Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) telah menyembunyikan laporan mengenai kemunculan ‘varian super’ XBB15 yang boleh mentransmisi virus sepantas 120%.

NEXT BIG ONE—CDC has royally screwed up — data yang belum dikeluarkan menunjukkan XBB15, varian super, melonjak kepada 40% di AS (CDC tidak melaporkannya selama berminggu-minggu!) dan kini menyebabkan lonjakan kemasukan ke hospital di NY/NE. XBB15– sejenis strain penggabungan semula (recombinant) baharu – kedua-duanya lebih immune evasive dan senang menjangkiti berbanding #BQ dan XBB,” dedahnya menerusi Twitter.

Kata ahli sains kesihatan awam itu, orang ramai perlu menyedari bahawa ‘varian super’ XBB15 ini berkemungkinan berasal dari Amerika.

“Saya sebelum ini pernah memberi amaran tentang XBB dari Singapura. Tetapi orang ramai perlu sedar XBB15 berkemungkinan merupakan varian penggabungan semula yang berasal dari Amerika yang 96% lebih pantas (lebih teruk) daripada XBB lama. XBB15 muncul di kawasan New York pada bulan Oktober dan telah menyebabkan masalah sejak itu.”

Walau bagaimanapun, sumber dalaman CDC mendedahkan kepada Eric bahawa pusat kawalan itu langsung tidak melaporkan mengenai kes jangkitan XBB15.

“Mengenai data – perhatikan bahawa XBB15 tidak dilaporkan minggu lepas atau minggu sebelumnya! Walau bagaimanapun, sumber saya dalam rangkaian maklumat CDC memberitahu saya bahawa CDC entah bagaimana tidak melaporkan bahawa XBB15 telah melebihi 1% selama beberapa minggu. CDC langsung tidak melaporkannya seperti yang dijanjikan.”

Ulasnya lagi, XBB15 adalah:

i. Salah satu varian yang paling immunity-evasive setakat ini.

ii. Salah satu varian terburuk untuk masuk dan menceroboh sel manusia.

iii. Merebak jauh lebih cepat daripada XBB atau BQ lama.

iv. Menyebabkan kemasukan ke hospital apabila ia menjadi dominan.

“Pelbagai model menunjukkan bahawa XBB15 jauh lebih teruk dalam nilai transmisi R dan kadar jangkitan berbanding varian sebelumnya — lebih pantas dengan LEAPS dan BOUNDS. @JPWeiland melakukan beberapa model terawal dalam pengumpulan data XBB15 di NY. Ia hanya bertambah buruk di seluruh negara,” demikian amaran dari Ketua Pakar Ekonomi Kesihatan itu.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: