Antarabangsa

CEO Pfizer Positif COVID-19

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 17 Ogos 2022 – Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Inc., syarikat gergasi pengeluar vaksin COVID-19, Albert Bourla mendedahkan bahawa beliau disahkan positif COVID-19.

Menurut hantaran yang dimuat naik di laman sosial Twitter, Albert Bourla memaklumkan bahawa beliau mengalami simptom yang sangat ringan dan berasa sihat selain kini sedang mematuhi semua langkah berjaga-jaga yang ditetapkan seperti mengasingkan diri.

Beliau yang telah menerima vaksin penuh, empat dos vaksin COVID-19 yang dibuat oleh Pfizer dengan kerjasama syarikat BioNTech SE, kini menerima rawatan menggunakan ubat antiviral Paxlovid yang dihasilkan syarikatnya sendiri.

Albert Bourla menjelaskan, walaupun Paxlovid tidak diluluskan tetapi ia dibenarkan untuk kegunaan kecemasan oleh FDA untuk merawat pesakit COVID-19 dengan simpton ringan.

Tambah beliau, dengan usaha dari pihak Pfizer yang telah melangkah jauh untuk memerangi wabak COVID-19, Albert Bourla yakin akan sembuh dalam jangka masa yang cepat.

Leave a Reply

Back to top button