Antarabangsa

Kisah Jangkitan Omicron Di Peringkat Global

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

UNITED KINGDOM, 25 Disember 2021 – Walaupun hanya lebih kurang sebulan sahaja varian Omicron dikenalpasti di Afrika Selatan, kemungkinan ia sudah pun sampai di hampir setiap negara di dunia.

Malah Omicron kini bakal menjadi varian yang paling merebak di beberapa buah negara, termasuk Amerika Syarikat, Britain, Denmark, Norway dan beberapa negara di bahagian utara Afrika.

Dengan kepantasan kadar jangkitan sebegini mungkin boleh menyebabkan Omicron mengatasi Delta dalam sedikit masa sahaja lagi sebagai varian yang paling merebakkan jangkitan covid di seluruh dunia.

Data jangkitan Omicron di Britain mendapati setiap orang yang terjangkit boleh menjangkitkan sekurang-kurangnya tiga orang lain. Kepantasan ini adalah sama dengan kadar kepantasan jangkitan covid di Eropah pada awal tahun 2020, sebelum vaksin ditemui.

Kadar sebegini akan menggandakan jumlah jangkitan pada setiap dua hari, jika diletakkan dalam graf, bakal menjadi garis yang kecerunannya hampir menegak.

Keadaan ini amat membimbangkan memandangkan kadar imuniti rakyat Britain terhadap jangkitan covid adalah tinggi kerana lebih kurang 70% daripada mereka sudah pun menerima suntikan vaksin manakala jutaan rakyatnya pernah menghidap covid. Walaupun begitu, Omicron masih lagi mampu menjangkiti mereka.

Para pengkaji Imperial College dan institusi-institusi lain mendapati di Britain, dua dos vaksin Pfizer dan AstraZeneca paling tinggi cuma 20% berkesan terhadap jangkitan Omicron.

Imuniti semulajadi yang terhasil bagi mereka yang pernah dijangkiti covid juga tidak berapa membantu, hanya dapat memberi 19% sahaja perlindungan melawan Omicron, jauh lebih rendah berbanding 85% bagi melawan Delta.

Suntikan penggalak vaksin pula memberi perlindungan yang besar bagi mereka yang menerimanya, menurut para pengkaji itu lagi. Suntikan penggalak vaksin Pfizer bagi penerima yang telah lengkap dua dos vaksin AstraZeneca atau Pfizer boleh meningkatkan perlindungan, antara 55% sehingga 80% berkesan melawan jangkitan varian Omicron.

Di Amerika Syarikat minggu lepas, varian Omicron kini menjadi varian yang paling dominan dan sudah mengatasi Delta, menyumbangkan 73.2% jangkitan baru COVID-19, menurut data dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: