Antarabangsa

Uganda Lockdown, Serangan Wabak Ebola Memuncak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

UGANDA, 17 Oktober 2022 – Presiden Uganda, Yoweri Museveni mengisytiharkan ‘lockdown’ serta merta selama tiga minggu di dua daerah berisiko tinggi negara itu susulan penularan jangkitan Ebola, lapor sebuah agensi berita antarabangsa.

Kata beliau, semua pergerakan masuk dan keluar dari daerah Mubende dan Kassanda akan dihentikan dan hanya pergerakan trak kargo yang dibenarkan untuk masuk dan keluar kawasan tersebut.

Bukan itu sahaja, hanya sekolah yang akan dibuka kecuali tempat ibadat, bar, gimnasium, sauna dan tempat hiburan lain akan ditutup, katanya.

“Memandangkan beratnya masalah itu dan untuk mencegah penularan selanjutnya serta melindungi nyawa dan keperluan hidup, kerajaan mengambil langkah tambahan yang memerlukan tindakan daripada kita semua,” jelas beliau.

Kementerian Kesihatan Uganda turut akan meningkatkan pengesanan kontak dan bantuan kepada kemudahan kesihatan tempatan.

Menurut Pusat Kawalan dan Perlindungan Penyakit (CDC), setakat ini tiada vaksin yang telah diluluskan bagi jangkitan ini.

Susulan itu, CDC dan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bekerjasama dengan pihak berkuasa kesihatan tempatan untuk mengenalpasti sumber penularan, menjalankan penyiasatan kes dan mengukuhkan kapasiti makmal tempatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: