Antarabangsa

Vaksin Seluruh Dunia, Komitmen Diperbaharui Global COVID-19 Summit 12 Mei Ini

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AMERIKA SYARIKAT, 20 April 2022 – “Kami menyeru semua pemimpin dunia, masyarakat sivil, pertubuhan bukan kerajaan, para dermawan, dan pihak swasta untuk membuat komitmen-komitmen baru dan membawa solusi untuk vaksinkan dunia, menyelamatkan nyawa sekarang, dan membina keselamatan kesihatan yang lebih baik – untuk semua orang, di mana sahaja,” Rumah Putih dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan dengan Jerman, Belize, Indonesia dan Senegal, membuat seruan tersebut bersempena dengan tarikh Global COVID-19 Summit yang akan diadakan pada 12 Mei 2022 nanti.

Kenyataan yang diterbitkan melalui laman web rasmi Rumah Putih itu juga menegaskan bahawa Sidang Kemuncak tersebut juga akan berusaha untuk melipatgandakan semua usaha kolektif untuk menghentikan Fasa Akut COVID-19 yang melanda dunia dan membuat persediaan kepada mana-mana ancaman kesihatan pada masa depan.

“Kami mendesak semua negara dan pemegang taruh berjanji untuk mengambil tindakan segera bagi mewujudkan sistem yang kita perlukan untuk menghentikan Fasa Akut COVID-19, menyelamatkan nyawa, dan membina sistem keselamatan kesihatan dan sistem kesihatan yang lebih baik.”

Sidang kemuncak itu juga akan menggunakan tema dan komitmen yang telah dibuat semasa Sidang Kemuncak yang pertama pada 2021 dan akan meletakkan penekanan untuk menyokong solusi-solusi lokal untuk cabaran jangka pendek dan panjang termasuk:

1. Menyuntik Lengan;
2. Mengatur ujian dan rawatan, terutamanya di kawasan dengan penduduk amat berisiko tinggi;
3. Mengembangkan dan melindungi pekerja-pekerja kesihatan dan meminimumkan gangguan terhadap perkhidmatan kesihatan yang rutin dan penting;
4. Meluaskan capaian kepada penyelesaian perubatan, termasuk penyelidikan dan pembangunan dan penskalan dan mempelbagaikan perencanaan tempatan dan dalam wilayah; dan
5. Menjana pendanaan lestari untuk kesiapsiagaan pandemik, keselamatan kesihatan, dan sistem kesihatan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: