Antarabangsa

Hampir 50,000 Pelampau Yahudi Ceroboh Masjidil Aqsa Tahun 2022

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 31 Disember 2022 – Masjidil Aqsa menyaksikan rekod pencerobohan tertinggi iaitu seramai hampir 50,000 pelampau Yahudi pada tahun ini.

Menurut Pengarah Jabatan Wakaf Islam, Azzam Khatib, seramai 48,238 penjajah Yahudi telah menyerbu perkarangan Masjidil Aqsa pada 2022.

Beliau yang juga bertanggungjawab menjaga Masjidil Aqsa berkata, golongan fanatik itu melakukan perbuatan provokasi yang menyentuh sentimen dan perasaan umat Islam dengan melakukan ritual Yahudi dan menaikkan bendera rejim haram aparteid Israel dalam kawasan masjid semasa perayaan Yahudi.

Pelampau-pelampau berkenaan berbuat sedemikian tanpa menghiraukan makna tempat suci tersebut bagi dua bilion umat Islam seluruh dunia.

Azzam juga memperingatkan bahawa kerajaan baharu sayap kanan rejim haram Israel mungkin melakukan tindakan yang boleh membangkitkan perang agama di rantau itu malah juga di peringkat antarabangsa.

Tegasnya, “Masjidil Aqsa adalah tempat suci umat Islam dengan keluasan 144 dunum dan semua ciri dan kemudahan di atas dan bawah tanahnya, dan ia adalah masjid suci hanya untuk umat Islam di seluruh dunia yang tidak menerima perpecahan atau perkongsian walaupun semua percubaan dibuat untuk mengubah status quo agama, sejarah dan undang-undang lama Masjidil Aqsa.”

Sebelum ini, samudera.my melaporkan kenyataan tegas para ulama daripada 70 institusi Islam dalam Persidangan Antarabangsa Ulama-Ulama Islam untuk Palestin Kali Ke-2 di Istanbul, Turkiye.

Ujar mereka, “Setiap Muslim mempunyai kewajipan agama untuk berusaha membebaskan Palestin, Baitulmuqaddis dan Masjidil Aqsa, mempertahankan mereka dan berhadapan dengan konspirasi yang dibuat terhadap mereka.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: