Terkini

23 Mati Lepas Vaksin, Norway Belum Temui Punca

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

OSLO – “Masih tiada analisis dilakukan bagi mengetahui punca kematian,” kata Ketua Pengarah Institut Kesihatan Awam Norway Camilla Stoltenberg berhubung 23 kematian penerima vaksin sebelum ini.

“Setakat 13 kes yang dianalisis, mangsa terdiri daripada mereka yang berusia, lemah dan menghidap penyakit kronik,” katanya lagi.

Menggunakan fakta purata kematian warga emas di pusat jagaan, Stoltenberg  menafikan kematian yang berlaku berpunca daripada vaksin.

“Penting untuk diingati, secara purata, seramai 45 orang meninggal setiap hari di pusat-pusat jagaan. Jadi, ini tidak bermakna ia mewakili sebarang jumlah kematian mendadak atau ianya berkaitan dengan pemvaksinan.”

Norway memaklumkan pada hari Isnin baru-baru ini bahawa kematian yang berlaku tiada kaitan langsung dengan pemberian vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19.

Tetapi kerajaan Norway memerintahkan para petugas kesihatan di sana untuk mempertimbangkan faktor usia dan kesihatan seseorang sebelum memberikan vaksin.

Setakat ini, Norway telah mencatatkan sejumlah 33 kematian dalam kalangan warga emas sejak kempen pemvaksinan dos pertama bermula akhir bulan Disember lalu. 

Samudera.my baru-baru ini melaporkan kematian yang berlaku di Norway tidak lama selepas mereka yang maut menerima vaksin dos pertama. 



Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: