Mualaf Terkorban Sewaktu Membantu Mangsa Banjir Lain Di Sri Muda
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini
SHAH ALAM, 21 Disember 2021 – Seorang saudara baru yang baru sahaja memeluk Islam beberapa bulan lalu dipercayai telah terkorban ketika cuba membantu mangsa banjir lain di Taman Sri Muda, Shah Alam.
Berita menyedihkan ini telah dikongsikan oleh wartawan Mohd Faizal Hassan di laman Twitter beliau.
Salah seorang yang meninggal dunia di Taman Sri Muda adalah saudara baharu Islam (mualaf) sejak beberapa bulan lalu. Dipercayai lemas sewaktu cuba membantu mangsa banjir lain. Innalillah. Al-Fatihah #DaruratBanjir https://t.co/dRSHxZbaht
— MohdFaizalHassan (@f4izalhassan) December 21, 2021
Perkembangan setakat pukul 10 pagi hari ini, air banjir masih belum lagi surut di sana. Jumlah keseluruhan mangsa yang terkandas di Taman Sri Muda juga belum lagi diketahui.
Terdapat ramai lagi mangsa yang masih menunggu di bumbung masing-masing untuk diselamatkan. Mereka masih tidak boleh turun lagi ke jalan raya kerana paras air masih lagi tinggi walaupun banjir sudah pun masuk hari ke 4.
Semalam, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican mendedahkan bahawa terdapat mangsa yang cuma mahukan bantuan makanan dan keperluan tetapi enggan untuk dipindahkan ke tempat yang selamat kerana takutkan jangkitan wabak Covid-19.
Terdapat juga mangsa yang tidak mahu berpindah kerana yakin bahawa air banjir akan surut dalam masa terdekat, menurutnya lagi.