Antarabangsa

Pihak Universiti Mungkir Janji, Pelajar Solat Berjemaah Tanda Protes

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MELBOURNE, 01 Ogos 2022 – Pelajar-pelajar Islam di Universiti Monash menunaikan solat jemaah di luar kampus setiap hari sebagai tanda protes terhadap kegagalan universiti itu menyediakan ruang solat khusus baharu.

Menurut pelajar di situ, pihak universiti telah bertahun-tahun berjanji ingin membina ruangan solat yang lebih selesa untuk pelajar Muslim bagi menggantikan ruangan sekarang yang hanya boleh memuatkan lapan orang jemaah dalam satu masa.

Malangnya ia hanya janji kosong apabila pihak universiti menarik balik keputusan untuk menjadikan dua bilik pengajian yang tidak digunakan menjadi ruangan solat baharu.

Kecewa dengan keputusan universiti, pelajar-pelajar Islam sebulat suara bersepakat mengadakan protes solat berjemaah dengan memacakkan sepanduk bertulis ‘Monash tidak menyediakan ruangan solat yang mencukupi di kampus untuk orang Islam, jadi kami solat di luar’.

“Pelajar Islam di kampus merasa sangat kecewa kerana selama lima tahun kami telah bekerja keras untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan universiti dan menjelaskan apa masalahnya, namun kami kembali ke titik awal,” kata Presiden Kesatuan Pelajar Universiti Monash, Ishka de Silva.

Ruangan solat telah dibina beberapa dekad lalu dan lazimnya menempatkan lapan lelaki atau lapan wanita dalam satu bilik, namun kini telah dikurangkan kepada lima orang kerana protokol penjarakan sosial COVID-19.

Hasil tinjauan Persatuan Islam Universiti Monash, ruangan solat itu digunakan hampir 2000 kali seminggu oleh 233 pelajar.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: