Antarabangsa

COVID-19: China Kembali Lockdown

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

HAINAN, 12 Ogos 2022 – Beberapa bandar di wilayah Hainan, China melanjutkan perintah berkurung pada hari ini bagi membendung penularan kluster COVID-19 di negara itu.

Kerajaan China telah mengenakan perintah berkurung yang lebih singkat di mana orang ramai dihalang daripada pergerakan yang tidak perlu selama beberapa hari atau minggu sehingga kluster terbabit terkawal di dalam kawasan yang lebih kecil.

Walaupun pelaksanaan tersebut kurang membebankan rakyat, penyebaran varian Omicron yang semakin meningkat di China mungkin menyebabkan peningkatan pada bilangan bandar yang dikenakan sekatan pergerakan sekali gus mengganggu ekonomi tempatan negara tersebut.

Dua bandar di wilayah selatan Hainan, Dongfang dan Chengmai telah mencatatkan kes yang paling teruk dan kemungkinan sekatan pergerakan akan dilanjutkan bagi penduduk dua daerah berkenaan.

Turut dilaporkan, jutaan penduduk di kawasan lain termasuk Sanya juga telah diperintah berkurung tanpa mengetahui tarikh sekatan akan ditarik balik.

Kelmarin, Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan memaklumkan bahawa China merekodkan 1,851 kes jangkitan COVID-19 di mana 648 kes adalah bergejala dan 1,203 kes tidak bergejala. Kebanyakan kes tersebut dilaporkan di wilayah Hainan.

Leave a Reply

Back to top button