Tempatan

PKP 2.0: Negeri Sembilan Benarkan Solat Jemaah & Solat Jumaat

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan semalam membenarkan semua surau dan masjid untuk beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri ini.

Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun dalam satu media khas di sini pagi semalam.

“Semua masjid serta surau di seluruh Negeri Sembilan dibenarkan mengadakan solat fardu dan solat Jumaat sepanjang tempoh PKP dengan merujuk kepada SOP yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) sebelum ini.”

Tambahnya, “Jemaah diwajibkan membawa sejadah sendiri yang bersaiz besar dan memakai pelitup muka. Perlu mengambil wudhu’ di rumah dan mematuhi had keluasan melakukan ibadah di dalam ruang utama masjid.”

Sehubungan itu, YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin berharap agar semua jemaah dan ahli jawatankuasa sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan JHEAINS  bagi mengelakkan kemungkinan wujudnya kluster masjid.

“Saya harap semua ahli jawatankuasa masjid dan surau mengambil tindakan memastikan jemaah patuh supaya SOP dapat dilaksanakan dengan baik di seluruh masjid dan surau dan rumah ibadah.”

“Alhamdulillah, sepanjang tempoh ini, tidak ada lagi kluster masjid atau surau. Jadi saya ucapkan ribuan terima kasih atas pematuhan ini dan saya harap bahawa ini dapat terus dijaga oleh semua umat Islam.”

Seluruh negara berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 22 Januari ini kecuali negeri Sarawak.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: