Tempatan

Singapura Buka Sempadan, Tak Perlu Kuarantin Dan Saringan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Mac 2022 – “Kami (Malaysia dan Singapura) bersetuju bahawa sudah tiba masanya untuk membuka sepenuhnya sempadan darat kedua-dua negara bagi pengembara yang telah lengkap vaksinasi bermula 1 April 2022.”

Perkara itu diumumkan dalam kenyataan media bersama Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong, pada Khamis lalu.

Sebahagian besar Prosedur Operasi Standard (SOP) akan dilonggarkan seperti pemansuhan kuarantin dan perlaksanaan ujian saringan COVID-19, termasuk ujian prapelepasan dan semasa ketibaan.

Bagaimanapun, bagi perjalanan udara Malaysia-Singapura, pengembara hanya perlu melakukan pengujian dalam tempoh dua hari sebelum berlepas.

“Pengumuman hari ini mencerminkan hubungan baik, kerjasama pelbagai aspek, dan hubungan kukuh antara rakyat kedua-dua buah negara.

“Ini pastinya akan menyumbang kepada usaha-usaha pemulihan dengan impak positif ke atas ekonomi dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara,” katanya.

Bagi protokol perjalanan sempadan darat Thailand, beliau berkata, pada peringkat awal, hanya dua pintu sempadan darat yang telah dipersetujui untuk dibuka bermula 1 April iaitu Bukit Kayu Hitam-Sadao dan Wang Kelian-Wang Prachan.

“Kerajaan Thailand hanya bersedia untuk menerima pengembara pelancongan sahaja,” katanya.

Menurutnya, Malaysia dan Thailand masih mengadakan perbincangan bagi perjalanan pengembara harian dan kerap antara kedua-dua negara.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: