Tempatan

Puluhan Peniaga Kecil Buntu, Sewa Gerai Astaka Dinaikkan 2,500 Peratus

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

GEORGETOWN, 21 Jun 2023 – Puluhan peniaga kecil buntu apabila sewa gerai di Astaka Mutiara Selera dekat Tanjung Bungah naik melambung hingga 2,500 peratus.

Hal ini kerana, menurut berita tempatan, sewa mereka yang dahulunya hanya RM36 sebulan kini dinaikkan sehingga RM900 sebulan.

Kata seorang peniaga, S Sundra, para peniaga menunggu bagi tempoh yang lama sementara menunggu bangunan astaka baharu di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) itu siap selepas ia musnah akibat kebakaran pada November 2020.

“Namun pada Isnin lalu, kami dimaklumkan oleh syarikat yang dilantik Chief Minister Incorporated (CMI) bahawa kadar sewaan yang perlu dibayar ialah sebanyak RM900 sebulan dan melihat pada pendapatan kami, memang tidak mampu hendak membayarnya,” katanya.

BACA JUGA: Pencemaran Sisa Buangan Industri Dikesan Di Kempas

BACA JUGA: YDPA, Raja Permaisuri Agong Sekeluarga Berangkat Tunai Haji

BACA JUGA: Tular: Dua Warga Singapura Isi Minyak Dalam Tong, Berang Ditegur Rakyat’ Tempatan

Tambahnya, para peniaga sudah melalui detik sukar ekoran daripada insiden kebakaran yang berlaku dan menjadi bertambah sukar susulan daripada kenaikan harga sewaan tersebut.

Dalam pada itu, seorang lagi peniaga, Rohani Mat Yunus berkata menerusi perbincangan baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bungah, Zairil Khir Johari berjanji bayaran sewaan baharu pada kadar rendah iaitu tidak melebihi RM350 sebulan.

“Kami difahamkan, jika kami bersetuju dengan kadar sewaan baharu itu, peniaga boleh berpindah masuk dan mula berniaga pada 1 Julai depan.”

“Pada masa ini, kami berada dalam keadaan buntu dan berharap ada jalan penyelesaian segera,” katanya.

Para peniaga turut menyatakan bantahan dengan menyerahkan memorandum kepada Pegawai Penyelaras Khas Kepada Ketua Menteri, Zahar Zainol bagi menggesa CMI menarik balik kenyataan kenaikan harga sewaan yang tidak masuk akal dan turut menggesa agar bangunan tersebut diambil semula oleh MBPP.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: