Antarabangsa

Guru Lebih Mudah Terkesan Gelabah Pandemik Daripada Pekerja Sektor Kesihatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

WASHINGTON, 17 November 2022 – Guru di Amerika Syarikat (AS) lebih banyak mengalami keresahan berbanding pekerja di sektor kesihatan sewaktu berlakunya pandemik COVID-19, lapor sebuah portal berita tempatan.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam Educational Researcher, guru di AS 40 peratus lebih resah berbanding petugas kesihatan, 30 peratus lebih resah daripada pekerja berlainan sektor termasuk ketenteraan, pertanian dan mereka yang dalam profesion undang-undang serta 20 peratus lebih tertekan berbanding pekerja pejabat.

Berdasarkan Tinjauan Trend dan Impak COVID-19 AS pula, ia mendapati 130,000 orang guru diminta untuk menilai tahap kesihatan mental mereka sewaktu pandemik itu.

Memetik kepada sebuah agensi berita, guru wanita 70 peratus berkemungkinan lebih mengalami keresahan berbanding guru lelaki.

“Keputusan kami menunjukkan betapa tertekannya wabak ini kepada guru, terutamanya guru perempuan dan mereka yang mengajar dari rumah.”

“Walaupun kajian kami tidak mengkaji punca di sebalik tahap keresahan guru, namun kami dapat menjangkakan tahap tekanan yang tinggi adalah disebabkan ketidakpastian berhubung cara pihak sekolah merancang untuk menyediakan pengajaran, perubahan mendadak dalam rancangan mengajar dan kaedah pengajaran dalam persekitaran belajar dari rumah,” kata Penolong Profesor Psikologi Siswazah di Universiti James Madison, Joseph Kush.

Justeru, kata penyelidik, hasil kajian itu menandakan bahawa program untuk membantu kesihatan mental guru perlu dilaksanakan agar hasil pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan.

“Kesejahteraan guru akhirnya memberi kesan kepada keupayaan mereka untuk mengajar dengan berkesan,” tambah Kush.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: