Tempatan

Pas Pengembara Dimansuhkan Mulai 4 Julai Ini – KKM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 01 Julai 2022 – Rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air tidak lagi perlu melengkapkan dan mengisi Pas Pengembara dalam aplikasi MySejahtera mereka mulai Isnin, 4 Julai ini.

Pengumuman dibuat oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi kenyataan media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi.

Beliau berkata, kelonggaran tersebut diberi bagi memudahkan rakyat Malaysia pulang ke tanah air, selain keadaan sistem kesihatan negara yang kini berada di tahap stabil dan memuaskan.

Dalam pada itu, pemansuhan pas berkenaan akan dilaksanakan secara berperingkat untuk memberi kelonggaran kepada kumpulan-kumpulan lain seperti pemegang pas pelajar, pas sosial serta penduduk tetap yang akan diumumkan kemudian, kata beliau.

“Buat permulaan, pemansuhan ini hanya terpakai kepada warganegara sahaja,” tambahnya.

Mengulas lanjut, ciri-ciri Pas Pengembara masih dipaparkan di aplikasi tersebut dan para pengembara bukan warganegara Malaysia perlu melengkapkannya sebelum memasuki Malaysia agar KKM berupaya membuat pemantauan rapi ke atas penyakit berjangkit lain dari luar negara seperti cacar monyet.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: