Antarabangsa

Kebangkitan Lagu-Lagu Pelampau Semarak Sikap Anti Islam Di India

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW DELHI, 03 Jun 2022 – Sayap Kanan Hindu di India mula memainkan lagu-lagu ‘bhajan’ (lagu keagamaan) atau yang mempunyai ciri-ciri anti-Muslim dan menyasarkannya kepada minoriti Islam dengan perkongsian berbaur kebencian, penderaan dan ancaman pembunuhan.

Insaan nahi ho saalo, ho tum kasaayi; Bahut ho chuka Hindu-Muslim bhai bhai” – Anda bukan manusia, anda tukang daging; cukuplah persaudaraan Hindu-Muslim.”

Begitulah lirik daripada penyanyi Prem Krishnavanshi yang mula berkongsikan lagu ‘bhajan’ ini di YouTubenya sejak tahun lalu dan ia telah mengundang lebih ribuan penonton.

Selain lagu ini, terdapat juga lagu lain yang liriknya mengatakan “anti-negara yang harus pergi ke Pakistan” dan “umat Islam akhirnya akan memaksa orang Hindu untuk solat jika mereka tidak segera bangun”.

Puak politik kebencian mula memainkan lagu-lagu daripada anti-Muslim ini ketika perhimpunan atau sewaktu kempen kebencian kumpulan ketuanan Hindu.

Sejak Parti Baharatiya Janata (BJP), di bawah pentadbiran Perdana Menteri mereka, Narendra Modi mula berkuasa, politik kebencian terhadap Muslim mula menggunakan muzik, puisi dan pawagam sebagai medium untuk mengekalkan kebencian tersebut.

Lagu-lagu kebencian itu juga dianggap sebagai satu penghormatan buat Modi serta pemimpin tertinggi BJP yang lain.

Beberapa bulan kebelakangan ini, India menyaksikan keganasan agama sewaktu perayaan Hindu apabila kumpulan sayap kanan mengadakan perarakan di kawasan kejiranan yang kebanyakannya orang Islam sambil memainkan muzik yang kuat dengan lirik Islamofobia di luar masjid.

Krishnavanshi yang menyanyi dalam bahasa Hindi dan Bhojpuri itu mempunyai peminat paling ramai di Uttar Pradesh, yang juga ditadbir oleh sami Hindu yang terkenal dengan retorik dan dasar anti-Muslim, Yogi Adityanath.

Menurut Krishnavanshi kepada Al-Jazeera, beliau tidak merasakan bahawa muziknya berbaur Islamofobia dan sekiranya ada yang menganggap lagunya sedemikian, beliau tidak boleh menghalang mereka dari berasa seperti itu.

Samudera.my sebelum ini pernah melaporkan bahawa Menteri BJP terus mengganggu umat Islam dengan mengancam masjid, mengharamkan pemakaian tudung serta terus menyeksa kehidupan ekonomi dan sosial umat Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: