Antarabangsa

Parti Pemerintah India Siar Poster Gantung Orang Islam

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

INDIA, 23 Februari 2022 – Parti Bharatiya Janata (BJP), parti pemerintah di India, menimbulkan kerisauan umat Islam apabila mereka menyiarkan poster yang memaparkan karikatur umat Islam digantung beramai-ramai, berserta kapsyen “Tiada simpati bagi mereka yang menyebarkan ketakutan”.

WhatsApp-Image-2022-02-23-at-9.07.45-AM.jpeg?resize=396%2C571&is-pending-load=1#038;ssl=1

Dalam hantaran di laman Instagram yang telah diturunkan tersebut, akaun BJP Gujarat memuatnaik sebuah karikatur yang memaparkan beberapa orang lelaki berkopiah, berjanggut dan memakai baju sembahyang digantung di leher dengan seakan-akan tali gantung beramai-ramai.

Rana Ayyub, seorang wartawan antarabangsa menyuarakan kebimbangan beliau dalam Twitter.

“(Ini dari) akaun Instagram BJP Gujarat. Ayuh kita terus berlakon seolah-olah majoriti di negara ini mengundi ‘pembangunan’,“ ujarnya.

Seorang lagi pengguna laman Twitter menyifatkan tindakan BJP tersebut sebagai sebuah seruan terbuka ke arah pembunuhan beramai-ramai.

“BJP Gujarat telah memulakan kempen pilihan raya awal tahun ini. Walaupun sudah 27 tahun berkuasa, mereka masih tidak ada apa-apa untuk dicanang selain retorik ‘bunuh semua umat Islam’. Ini adalah seruan terbuka ke arah pembunuhan beramai-ramai,” tegasnya dalam Twitter.

“Beginilah bagaimana pembunuhan beramai-ramai bermula – dengan menghilangkan nilai manusia dari imej golongan minoriti. Ini adalah akaun media sosial rasmi parti pemerintah India,” ujar seorang lagi pengguna.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: