Antarabangsa

Serangan Hamas Terhadap Israel 15 Kali Ganda Berbanding 9/11 – Biden

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

BAITULMUQADDIS, 19 Oktober 2023 – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden telah membuat sebuah kenyataan bahawa serangan yang ditujukan terhadap Israel baru-baru ini adalah 15 kali ganda daripada kejadian 11 September 2001.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sewaktu beliau berada di Tel Aviv dalam sebuah lawatan setelah berlakunya konflik di antara Hamas dan entiti haram Israel.

Menurut Biden, sejak serangan terhadap Israel berlaku, terdapat pihak yang menyifatkannya sebagai 9/11 bagi orang Israel.

Ujar Biden lagi, namun berdasarkan sebuah bangsa dengan saiz sebagaimana Israel, ianya adalah seakan-akan 15 (kali ganda) 9/11. Katanya lagi,

“Skala serangan itu mungkin berbeza, namun saya pasti ketakutan ini telah mencetuskan sesuatu yang seperti sebuah perasaan di Israel, sama saja seperti apa yang berlaku dan dirasai di AS”.

Dalam ucapan yang sama Biden turut menekankan tentang keberadaannya di Israel kali ini adalah merupakan sebagai presiden AS yang pertama yang membuat lawatan ke Israel sewaktu berlakunya peperangan.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: