Antarabangsa

Harga Minyak Turun, Harga Gas Juga Patut Turun – Joe Biden

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

NEW YORK, 20 Mac 2022 – Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menempelak kenaikan harga gas yang dikatakan naik seperti roket apabila harga minyak melonjak, tetapi jatuh seperti bulu apabila harga minyak turun.

Biden menerusi akaun Twitternya pada Rabu lalu berkata, penurunan harga gas haruslah berlaku selaras dengan penurunan harga minyak.

“Harga minyak menurun, harga gas juga sepatutnya (menurun).”

“Terdahulu harga minyak adalah USD96 setong manakala gas berharga USD3.62 segelen. Sekarang, harganya USD4.31 (segelen). Syarikat minyak dan gas tidak sepatutnya mengaut keuntungan atas kerja keras rakyat Amerika.”

Tom Kloza, ketua analisis tenaga global di Perkhidmatan Maklumat Harga Minyak mengatakan bahawa stesen minyak tidak mempunyai pilihan lain selain daripada terus berhadapan dengan kesan kenaikan harga minyak.

“Dan dalam perjalanan turun, ia seperti, ‘Kami akan bersabar semampu kami.’ Ia akan turun, tetapi pada kadar yang lebih perlahan,” ujarnya.

Harga gas melonjak ke paras tertinggi minggu lalu, berikutan kenaikan harga minyak mentah yang hampir mencecah paras tertinggi sejak kali terakhir dilihat pada 2008.

Harga di pam gas turun — tetapi hanya secara beransur-ansur. Purata nasional untuk gas biasa turun kepada USD4.31 segelen pada hari Rabu, turun satu sen dari hari Selasa dan dua sen dari hari Isnin menurut AAA.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: