Tempatan

Malaysia Jadi Tumpuan Pelancong Kerana Makanan Halal Mudah – Menteri Pelancongan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 18 Julai 2022 – Malaysia menjadi tumpuan pelancong asing kerana mudah mendapatkan makanan yang halal selain kemudahan hotel dan perkhidmatan mesra Muslim, menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.

“Kita menggalakan terutama sekali pelancong dari negara Arab Saudi, India, Brunei dan Indonesia. InsyaAllah, ini akan menyumbang pada jumlah yang tinggi bagi pelancong yang akan hadir ke Malaysia.”

“Setakat ini, terdapat 54 hotel Muslim di negara ini. Pada September ini kita akan semak balik, mungkin akan lebih dari angka 4.5 juta (sasaran pelancong awal),” kata beliau.

Menteri itu menambah, pertumbuhan pelancongan yang mahukan perkhidmatan mesra Muslim ini bakal berkembang sekiranya China tidak lagi mengehadkan perjalanan keluar rakyatnya dari negara itu.

China mempunyai lebih kurang 25 juta orang rakyat yang beragama Islam dan ramai rakyat China gemar memilih Malaysia sebagai tempat untuk melancong.

Ketika ini China masih mengehadkan perjalanan ke dalam dan luar negara itu kerana dasar polisi ‘sifar COVID’ yang sedang dipegang ketika ini.

“Ini kerana kita telah mewujudkan ekosistem yang holistik untuk menyambut pelancong dari negara Islam,” kata beliau lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: