Antarabangsa

Pemimpin Tertinggi ISIS Dibunuh Tentera AS

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SYRIA, 05 Februari 2022 – Ketua tertinggi Islamic State of Iraq and Syria (ISIS), Abu Ibrahim Al-Hashimi al-Qurashi, disahkan terbunuh dalam sebuah operasi oleh tentera Amerika Syarikat (AS) pada Rabu lalu.

Menurut kenyataan rasmi White House, Presiden Joe Biden menyatakan bahawa beliau telah mengarahkan sebuah operasi yang berjaya ‘membuang al-Qurashi dari medan tempur’.

“Malam semalam, di bawah arahan saya, tentera Amerika Syarikat telah berjaya melaksanakan operasi anti-keganasan. Terima kasih kepada keberanian pihak bersenjata kita, kita telah berjaya membuang Abu Ibrahim al-Hashimi al-Qurashi, ketua ISIS, dari medan tempur,” ujar presiden AS tersebut pada Khamis malam waktu tempatan.

Menurut laporan, ketua tertinggi ISIS tersebut terbunuh apabila beliau sendiri meledakkan bahan letupan secara berani mati, sekaligus mengorbankan nyawanya dan beberapa orang ahli keluarganya, termasuk enam kanak-kanak.

Al-Qurashi, ataupun juga dikenali dengan Abdullah Qardash, telah mengambil alih tampuk kepimpinan ISIS setelah kematian Abu Bakar al-Baghdadi pada tahun 2019 melalui proses pemilihan syura kumpulan pengganas terbabit.

Presiden AS, Joe Biden, menerusi laman Twitter rasmi menegaskan bahawa beliau akan mengambil apa sahaja tindakan yang perlu untuk memelihara rakyat AS daripada ancaman pengganas.

“Saya bertekad untuk melindungi rakyat AS dari ancaman pengganas, dan saya akan ambil tindakan yang wajar untuk melindungi negara ini,” tegas beliau.

Leave a Reply

Back to top button