NGO

Hina Islam Berulang-Ulang, Hukuman Terlalu Ringan! – Pengerusi PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELASA, 19 Julai 2022 – “Nampaknya perkara ni dah berulang banyak sangat. Orang menghina Islam ni dah banyak sangat dah tetapi disebabkan oleh mungkin hukuman itu terlalu ringan, terlalu mudah, jadi akhirnya orang melihat ia bukan satu perkara yang perlu dirunsingkan. Kalau kena denda pun mungkin seribu, dua ribu ringgit dan sebagainya.”

Kenyataan itu dibuat oleh Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) Hj Aminuddin Yahaya melalui laman Facebook PEMBELA mengenai isu tular klip video Siti Nuramira Abdullah yang menanggalkan pakaian selepas mengumumkan beliau menghafal 15 juzuk al Quran diikuti sorak dan tepuk tangan penonton Crackhouse Comedy Club.

Haji Aminuddin menegaskan ini suatu perkara yang sangat serius dan berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan tuntas untuk memastikan perkara ini tidak berulang-ulang. Provokatif lapuk sedemikian lebih bersifat penghinaan serta berniat jahat. Ini termasuk lawak rasis yang dibuat oleh pemilik premis, Rizal Van Greyzel dan penghinaan terbaharu oleh seorang lelaki yang tular di negeri Perak.

“Gejala ini tidak boleh dibiarkan berleluasa kerana ia kan menjejas suasana harmoni. Tidak mustahil ada pihak yang ingin menimbulkan suasana huru hara dan menunggang atas ‘pelawak’ murahan.

Cuba bayangkan orang Islam hari ini buat lawak agama Kristian, menghina agama Kristian, menghina agama Buddha dan sebagainya, saya rasa hari esok memang confirm masuk penjara!”

Dalam kenyataan yang sama Pengerusi PEMBELA turut mengucapkan terima kasih kepada JAWI, DBKL dan PDRM atas tindakan yang diambil terhadap Amirah dan Alex Chandran serta premis Crackhouse Comedy Club yang juga didapati menyalahguna lesen perniagaan. Menurut PEMBELA lagi, penutupan sementara premis itu adalah tidak memadai, ianya seharusnya dibatalkan lesen dan ditutup terus agar menjadi pengajaran untuk pemilik lain dan yang akan datang.

PEMBELA menyeru semua pihak untuk menyokong kenyataan ini dan kepada pihak berkuasa khususnya PDRM agar menyiasat serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang ingin menimbulkan kekacauan serta suasana tidak harmoni terhadap umat Islam di dalam negara ini.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: