NGO

PEMBELA Desak Siasat Dana 3 Kementerian Untuk Crackhouse Comedy

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2022 – Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) dalam sebuah kenyataan media mendedahkan sebuah dakwaan bahawa Crackhouse Comedy Club menerima dana dari 3 kementerian dan menegaskan supaya hal tersebut disiasat.

“Kami juga difahamkan 3 Kementerian terlibat memberi dana kepada Crackhouse Comedy Club melalui platform CENDANA dan PENJANA.”

“PEMBELA mohon hal ini juga disiasat dan supaya dihentikan pendanaan kepada syarikat-syarikat yang sedemikian pada masa yang akan datang. Lebih ramai lagi rakyat yang memerlukan bantuan sejak mutakhir ini.” Tegas mereka.

Dalam kenyataan tersebut, pihak PEMBELA turut memohon supaya pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak-pihak yang mempermainkan sensitiviti agama sebelum ada pihak yang mengambil tindakan tanpa mengikut lunas undang-undang.

“Kami memohon agar pihak berkuasa menyiasat, mengambil tindakan tegas dan tuntas sebelum ada yang mengambil tindakan yang tidak mengikut lunas undang-undang kerana Agama dan Bangsa adalah isu sensitif.” Desak mereka lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: