Tempatan

India Ugut Cincang Umat Islam, Mana Suara Pemimpin Islam? – Ketua Wanita PEMBELA

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RABU, 09 Mac 2022 – Ucapan Pelampau Hindu Pooja Veerashetty mahu mencincang setiap inci tubuh mana-mana Muslimah yg memakai tudung di India adalah satu perbuatan yang patut dikutuk oleh semua insan yg waras.

Ucapan ini melampau batas kemanusiaan. Ucapan ini menampakkan kejahatan yang jelas beremosi konspirasi ke arah pembersihan etnik.

Kita yakin pelampau-pelampau Hindu India melalui Modi Presidennya sedang kemaruk mahu membunuh semua orang-orang Muslim kerana didalangi oleh zionis di belakangnya, seperti mana terjadi dulu kepada etnik Bosnia, kemudian etnik Uighur di China, Rohingya di Myanmar dan serangan menjarah negara yg dahsyat di Palestin.

Sesungguhnya pelampau-pelampau Hindu ini lupa bahawa yang menjadikan negara India berjaya adalah kerana sumbangan kerajaan Islam di India yang memerintah daripada abad ke 8 hingga abad ke 20.

Semasa pemerintahan Islam tiada seorang pun penganut Hindu dizalimi dan tidak pernah Islam membuat onar seperti mana yang berlaku sekarang kepada orang-orang Islam.

Dunia antarabangsa juga semakin kejam, apabila membiarkan kekejaman ini dilakukan sewenang-wenangnya kepada orang-orang Islam yang tidak pun melanggar mana-mana undang-undang negara tersebut.

Kami kesal dengan sikap membisu PBB, OIC dan negara Islam lain termasuk negara kita sendiri yang seolah-olah mengambil pendekatan berpeluk tubuh ketika kekejaman dan keganasan ini semakin meningkat dari hari ke hari di India.

Mana suara persaudaraan Muslim? Mana hak asasi yang sering dilaungkan Barat, apabila didepan mata kita biarkan kekejaman ini berlaku?

Bagi kami yang Muslim ” anda boleh mencincang kami, anda boleh membunuh kami, tetapi anda tidak boleh membunuh iman kami. Seorang kami mati, akan bangkit ratusan ribu yg lebih beriman!”

Kita semua harus bangkit dan nyatakan bantahan tegas! Masa untuk bertindak dan bukan bercakap-cakap kosong!

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: