Tempatan

Kalimah Allah: Menteri Dalam Negeri Perlu Henti Bergimnastik – SUA Pembela

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 18 Mei 2023 – “Kita minta supaya Menteri Dalam Negeri cakna tentang isu ini dan kurangkan bermain gimnastik bahasa dalam kenyataan seperti yang dibuat sebentar tadi itu. Fokus betul-betul. Kita minta supaya ada satu tindakan tuntas dan cepat, strategik, dilaksanakan segera. Kita takkan berdiam dan kita akan teruskan dengan kita punya usaha ini.”

Demikian kenyataan tegas dari Setiausaha Agung Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Mohd Aswanizam Alias dalam satu sidang media bertajuk ‘NGO Islam Bantah Kerajaan Tarik Balik Rayuan Kes Kalimah Allah’ pada Selasa baru-baru ini.

Menurutnya, isu kalimah Allah ini adalah satu isu yang berada pada penghujung jalan sabar umat Islam dalam negara ini.

BACA JUGA: Cuaca Ekstrem Ubah Peta Negara, Beberapa Kawasan Tinggal Sejarah

BACA JUGA: LIMA ’23: Ruang Udara Langkawi Ditutup 18-27 Mei Ini

BACA JUGA: NGO Islam Sukar Percaya ‘Janji Minyak’ PMX, Jalankan Tindakan, Baru Boleh Percaya – SUA PEMBELA

“Dah hujung dah. Kenapa tak berlaku apa-apa? Sebab kita umat Islam dah dididik untuk mematuhi arahan, mematuhi undang-undang, percaya kepada sistem, percaya kepada pihak-pihak yang diamanahkan untuk menjaga sistem itu.”

“Kita kesal dengan keadaan di mana Menteri-Menteri Kabinet, Ahli-Ahli Parlimen Islam yang berada dalam Kabinet, yang tahu tentang perkara ini, takkanlah tak ada sorang pun yang bersuara? Apa gunanya duduk di situ kalau tidak boleh menjalankan kewajipan dengan baik? Apa gunanya duduk di situ?”

Mengulas mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri pada Selasa yang mengatakan bahawa penarikan balik rayuan dilakukan berdasarkan keputusan dari sudut pentadbiran, Mohd Aswanizam berkata,

“Saya juga ingin merujuk kepada kenyataan akhbar yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri sebentar tadi. Beliau hanya bercakap perkara tentang isu ini adalah isu pentadbiran, sedangkan perkara ini mempunyai impak yang menyeluruh yang akan menyebabkan banyak berlaku keadaan yang sangat tidak elok untuk negara ini.”

“Beliau bercakap tentang ini isu pentadbiran. Isu pekeliling 5 Disember 1986 yang dibatalkan oleh Mahkamah. Keputusan telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi. Beliau berkata bahawa KDN sekarang ini sedang meneliti untuk memperbaiki keadaan itu.”

“Ini dah dua tahun. Dah dua tahun perkara itu tak dibaiki. Kalau betul-betul hasrat itu nak dibuat, buatlah. Kalau kata masih dalam proses, kenapa ditarik balik kes ini sedangkan perkara itu belum siap? Belum selesai?” soal beliau.

Mengakhiri kenyataan, Setiausaha Agung PEMBELA itu sekali lagi menegaskan, “Kita nak supaya isu ini diselesaikan dengan baik. Kita tidak akan berdiam. Kita akan teruskan dengan usaha kita ini.”

“Menteri Dalam Negeri, kita hormat kedudukannya, kita hormat beliau sebagai cabang eksekutif negara. Tetapi beliau juga perlu hormat bahawa beliau bekerja supaya menjaga kepentingan-kepentingan umat Islam dalam negara dan rakyat lain juga.”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: