Tempatan

Persoal Teks Perlembagaan Persekutuan BM Yang Dilancarkan Agong, P. Ramasamy Ditegur

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 17 Januari 2023 – “Apakah P. Ramasamy bermaksud bahawa teks Perlembagaan Persekutuan berbahasa Melayu yang dirasmikan Agong itu bermasalah, dan maka Agong membuat kesilapan besar dalam hal sepenting ini (perundangan)?” soal aktivis, Hj Aminuddin Yahaya dalam Facebooknya.

Isu ini disentuh oleh aktivis tersebut selepas pimpinan DAP, P. Ramasamy mengeluarkan kenyataan membantah cadangan teks Perlembagaan Bahasa Melayu sebagai rujukan utama dengan naratif menakut-nakutkan masyarakat bukan Islam.

BACA JUGA: Keputusan Mahkamah Sivil Tiada Kuasa ‘Pertikai’ Mahkamah Syariah, SIS Bantah

BACA JUGA: 2 Buah Kontena Bawa Sisa Buangan Dari AS Diarahkan Pulang

BACA JUGA: Presiden Mahkamah Rayuan Yang Baharu Dari Sarawak

Kata Hj Aminuddin, P. Ramasamy dalam kenyataannya membawa naratif bahawa ini adalah agenda politik parti politik tertentu.

“Katanya, tumpuan tunggal kepada BM sebagai teks berwibawa (yang dirujuk) boleh membawa kepada keadaan di mana sumber asal dengan mengaitkan dengan ‘nasionalisme yang bersikap fikiran sempit’.”

“Ini sesuatu yang tidak mengejutkan kerana beliau memang terkenal dengan sikap dan pendiriannya yang Islamofobik apatah lagi beliaulah antara yang paling terkehadapan dalam kes pemurtadan anak-anak Loh sebelum ini,” kata Hj Aminuddin.

Tambah beliau lagi, untuk pengetahuan semua, teks lengkap Perlembagaan Persekutuan versi Bahasa Melayu sudah dilancarkan oleh KDYMM Yang di-Pertuan Agong ke-12, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail pada 29 September 2003, cuma belum dijadikan teks sahih sepertimana versi Bahasa Inggeris.

Perkara ini memerlukan proses tertentu termasuk persetujuan Parlimen.

“Apa salahnya cadangan dibawa ke Parlimen? Bukankah Kerajaan yang ada kini mendabik diri sebagai ‘terpaling demokratik’?” kata Hj Aminuddin lagi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: