Tempatan

Presiden Mahkamah Rayuan Yang Baharu Dari Sarawak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 17 Januari 2023 – Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Abang Iskandar Abang Hashim dinaikkan pangkat menjadi Presiden Mahkamah Rayuan sekali gus menjadikannya hakim pertama dari Sarawak yang menyandang jawatan tersebut.

Manakala, Hakim Mahkamah Persekutuan, Zabidin Diah pula akan dilantik menjadi Hakim Besar Malaya.

BACA JUGA: Keputusan Kes Kehilangan Amri Che Mat, 9 Mei

BACA JUGA: Kehakiman Mesti Buka Proses Perlantikan, Elak Kroni Ketua Hakim – Lukman Sheriff

BACA JUGA: AMARAN! Omicron XBB. 1.5 Berpotensi Menjangkiti Individu Divaksin

Lapor sebuah berita tempatan, kedua-dua hakim berkenaan telah pun menjalankan fungsi serta tugas jawatan tersebut sejak November lalu.

Mereka dijangka menerima watikah pelantikan daripada KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada pagi ini sebelum mengangkat sumpah jawatan di Istana Kehakiman pada sebelah petang.

Sementara itu, jawatan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak akan diambil alih oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Abdul Rahman Sebli.

Memetik kepada laporan tersebut, jawatan Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya masing-masing adalah yang kedua dan ketiga tertinggi dalam tangga kehakiman.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: