Tempatan

Kerajaan Pulau Pinang Beri Tanah Untuk Kuil Hindu

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuat berbagai inisiatif termasuklah memberikan tapak baru bagi menyantuni kuil-kuil Hindu yang sedang terkesan dengan pelbagai isu, antaranya yang sedang dihalau oleh tuan pemilik tanah melalui perintah mahkamah.

Perkara ini didedahkan di laman Facebook Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Profesor Dr P Ramasamy dalam sebuah hantaran pada 21 November yang lalu.

Atas inisiatif YB P Ramasamy, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuat keputusan mengambil alih tanah Ladang Sungai Kechil kerana para penduduknya telah dihalau oleh pemilik tanah ladang tersebut melalui perintah mahkamah.

Tiga kuil Hindu yang telah dibina di atas tanah tersebut akan diuruskan oleh Lembaga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang, manakala 23 buah rumah kos rendah juga akan dibina bagi menempatkan 23 orang keluarga yang sedang mendiami tanah tersebut secara tidak sah.

Selain itu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah mengambil alih sebidang tanah di Lot 7578, Seberang Perai Selatan bagi memindahkan Kuil Dewa Sri Maha Kaliamman, Sri Muniswarar Aalayam yang diarahkan berpindah dari Ladang Byram.

Projek pemindahan ini akan diuruskan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Di kawasan lain, Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga telah melantik Syarikat Eco Horizon Sdn Bhd, anak syarikat Eco World Development Group Berhad sebagai pemaju projek menyediakan rumah gantian secara percuma bagi 80 orang keluarga Ladang Kalidonia yang kebanyakkannya terdiri dari kaum India.

Syarikat Eco World Development Group juga bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja mengubahsuai di Kuil Arulmigu Annai Maha Mariamman Devasthanam di ladang tersebut.

Facebook Notice for EU! You need to login to view and post FB Comments!

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button